LEONG YONG QI

LEONG YONG QI
Unit: S4
Major: Bahasa Cina
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
Perak.

Kamera: Canon EOS 3000D

Search This Blog

Powered by Blogger.

Thursday, April 1, 2021

Tuesday, February 23, 2021

Proses Pembelajaran Teknik Fotografi


    Pada semester lapan tahun 2021 dan juga semester terakhir dalam IPG ini, saya telah memilih Fotografi sebagai elektif terbuka saya. Saya memilih Fotografi sebagai elektif terbuka kerana saya amat suka menangkap gambar dan juga sangat berminat tentang pelbagai teknik fotografi. Saya berhasrat untuk belajar tentang cara pengambilan gambar yang kreatif dalam kursus ini.

Berikut adalah proses pembelajaran teknik fotografi saya:

Perancangan (Sebelum menangkap gambar)

    Sebelum saya keluar untuk menangkap gambar sebagai amali atau kerja kursus, saya telah membuat pelbagai persediaan untuk menghasilkan gambar yang baik dan sesuai. Saya telah melayari internet untuk mencari maklumat dan belajar tentang pelbagai teknik dan komposisi fotografi. Saya juga telah melihat pelbagai contoh fotografi yang dihasilkan oleh jurugambar lain dari internet untuk menambah pengalaman fotografi saya. Berikut adalah laman web yang saya contohi:






    Selepas saya mencari dan membaca maklumat dari laman web tersebut, saya telah membuat rumusan tentang maklumat tersebut dan memaparkan nota tersebut dalam page portfolio saya.

Pelaksanaan (Semasa menangkap gambar)

    Untuk menghasilkan gambar yang berkualiti tinggi dan sesuai untuk amali dan kerja kursus, saya telah membeli kamera Canon EOS 3000D sebagai alat pengambilan gambar saya. Saya juga telah memilih lokasi yang sesuai semasa menangkap gambar. Lokasi-lokasi tersebut adalah tidak melebihi 10km dari rumah saya disebabkan  pelaksanaan PKP di seluruh negeri Perak. Saya juga akan menyediakan tripod semasa menangkap gambar di luar rumah. Saya akan menggunakan tripod jika perlu.

Gambar berikut adalah ditangkap di taman permainan yang berhampiran rumah saya:



Gambar berikut adalah ditangkap di taman rekreasi yang berhampiran rumah saya:




Penghasilan (Selepas menangkap gambar)

    Selepas menyiapkan kerja pengambilan gambar, saya memindahkan foto-foto dari kamera ke dalam komputer riba saya. Tindakan ini adalah untuk memudahkan proses pemilihan gambar.




    Setelah memilih gambar yang sesuai, saya akan menggunakan aplikasi photoshop untuk mengeditkan gambar jika diperlukan. Contohnya, saya meningkatkan kecerahan gambar apabila gambar yang diambil nampaknya gelap.

Penutup

    Kesimpulannya, saya berasa amat bersyukur dan seronok kerana telah mempelajari tentang pelbagai teknik dan komposisi fotografi. Dalam tempoh pengambilan gambar ini, saya juga mempunyai kesedaran menghargai alam sekitar apabila melihat permandangan alam sekitar yang amat indah ini. Oleh itu, kita haruslah menjaga alam sekitar agar dapat menikmati keindahan ini lagi pada masa depan. Sekian, terima kasih.
 


 




Monday, February 22, 2021

Sunday, February 7, 2021

Monday, February 1, 2021