LEONG YONG QI

LEONG YONG QI
Unit: S4
Major: Bahasa Cina
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
Perak.

Kamera: Canon EOS 3000D

Search This Blog

Powered by Blogger.

Proses Rancangan Sesi Penggambaran

     Untuk melengkapkan tugasan yang dipaparkan dalam kursus FTGK 3013 ini, saya telah menghasilkan 2 keping gambar foto yang bertema Kesedaran Penjagaan Alam Sekitar.

Berikut adalah proses pembelajaran teknik fotografi saya:

Perancangan (Sebelum menangkap gambar)

    Sebelum saya keluar untuk menangkap gambar untuk melengkapkan tugasan saya, saya telah membuat pelbagai persediaan untuk menghasilkan gambar yang baik dan sesuai. Saya telah melayari internet untuk mencari maklumat dan belajar tentang pelbagai teknik dan komposisi fotografi. Saya juga telah melihat pelbagai contoh fotografi yang dihasilkan oleh jurugambar lain dari internet untuk menambah pengalaman fotografi saya. Berikut adalah laman web yang saya contohi:







    Selepas saya mencari dan membaca maklumat dari laman web tersebut, saya telah menerap idea dan nilai kesedaran penjagaan alam sekitar dalam gambar tersebut. Saya akan menggunakan idea dan teknik fotografi yang belajar dari laman web untuk menghasilkan hasil karya yang cantik dan bermakna. 

Pelaksanaan (Semasa menangkap gambar)

    Untuk menghasilkan gambar yang berkualiti tinggi dan sesuai untuk tugasan ini, saya telah memilih kamera Canon EOS 3000D sebagai alat pengambilan gambar saya. Saya juga telah memilih lokasi yang sesuai semasa menangkap gambar. Lokasi yang saya pilih sebagai sesi penggambaran adalah Taman Westlake yang berhampiran rumah saya. Saya memilih Taman Westlake sebagai tempat sesi penggambaran saya kerana Taman Westlake mempunyai pemandangan yang amat indah. Saya berasa hasil karya yang mengandungi pemandangan yang indah akan menimbulkan kesedaran penjagaan alam sekitar dalam kalangan orang ramai. Saya juga akan menyediakan tripod semasa menangkap gambar di luar rumah. Saya akan menggunakan tripod jika perlu.

Gambar berikut adalah ditangkap di Taman Westlake yang berhampiran rumah saya:






Penghasilan (Selepas menangkap gambar)

    Selepas menyiapkan kerja pengambilan gambar, saya memindahkan foto-foto dari kamera ke dalam komputer riba saya. Tindakan ini adalah untuk memudahkan proses pemilihan gambar.


    Setelah itu, saya telah memilih dua keping gambar foto yang paling sesuai bagi tugasan ini, iaitu: 



    Setelah memilih gambar yang sesuai, saya telah menggunakan aplikasi photoshop untuk mengedit dan menambahbaikan persembahan gambar supaya dapat menghasilkan karya yang cantik. 


    Selepas itu, saya pergi ke kedai gambar yang berhampiran rumah saya untuk mencetak kedua-dua gambar foto tersebut dalam size 8R dan 5R.



Penutup

    Kesimpulannya, saya berasa amat bersyukur dan seronok kerana telah mempelajari tentang pelbagai teknik dan komposisi fotografi. Dalam tempoh pengambilan gambar ini, saya juga mempunyai kesedaran menghargai alam sekitar apabila melihat permandangan alam sekitar yang amat indah ini. Pencemaran alam sekitar haruslah dielakkan untuk melindungi keindahan bumi kita. Oleh itu, kita haruslah menjaga alam sekitar agar dapat menikmati keindahan ini lagi pada masa depan. Sekian, terima kasih.





0 comments:

Post a Comment