Teknik Fotografi
Kod/Nama Kursus: FTGK3013 Fotografi
Tugasan 1: Portfolio - Teknik Fotografi
Nama: Leong Yong Qi
Unit: S4
Nama Pensyarah: Encik Mohd Zaki Bin Jamaluddin
Bagi saya, aktiviti fotografi merupakan sesuatu aktiviti yang bermakna kerana ini dapat merakam pelbagai kenangan yang istimewa dan dihargai seperti aspek alam dan kehidupan. Dalam portfolio ini, saya telah menghasilkan 10 set gambar foto dengan menggunakan teknik yang berbeza. Setiap gambar yang ditangkap telah memberikan kita inspirasi untuk memelihara dan memulihara alam sekitar.
SET 1: Teknik Bokeh
a. Tajuk: Sampah sarap di padang
b. Teknik: Bokeh
c. Lokasi: Padang permainan
d. Cuaca: Panas (Pagi)
e. Kamera: Canon EOS 3000D
f. Speed: 1/400 s
g. Aperture: f/4.5
Gambar ini adalah ditangkap di padang permainan yang berdekatan rumah saya. Apabila menangkap gambar, nilai aperture yang rendah (f/4.5) telah digunakan untuk menghasilkan kesan bokeh. Saya juga menjadikan beg plastik sebagai fokus gambar saya serta mengaburkan objek di depan beg plastik itu dan latar belakang itu. Saya mendapati orang ramai suka membuang sampah merata-rata. Dalam gambar tersebut, beg plastik telah dibuang oleh rakyat yang tidak bertanggungjawab. Saya berasa amat susah hati. Setiap rakyat haruslah memupuk sikap tanggungjawab dalam diri untuk tidak membuang sampah di merata-rata tempat agar memelihara alam sekitar kita.
a. Tajuk: Keindahan
b. Teknik: Bokeh
c. Lokasi: Luar Rumah
d. Cuaca: Panas (Pagi)
e. Kamera: Canon EOS 3000D
f. Speed: 1/400 s
g. Aperture: f/4.5
Tumbuhan ini adalah ditanam oleh jiran
tetangga saya di luar rumahnya. Saya berasa amat besar hati apabila menampak tumbuhan yang begitu cantik. Jiran tetangga saya telah
memberitahu saya bahawa kalau hendak memiliki tumbuh-tumbuhan yang cantik dan
sihat, kami haruslah bersikap sabar dan kasih saying semasa menjaganya. Saya telah mendapat kebenaran dari jiran tetangga saya untuk menangkap gambar tersebut.
SET 2: Teknik Jarak Dekat
a. Tajuk: Bunga putih
b. Teknik: Jarak dekat
c. Lokasi: Taman rekreasi
d. Cuaca: Panas (Petang)
e. Kamera: Canon EOS 3000D
f. Speed: 1/200 s
g. Aperture: f/5.6
Gambar ini adalah ditangkap di taman rekreasi yang
berdekatan rumah saya. Bunga ini telah membesar dengan amat baik dan cantik tanpa kemusnahan dan kecemaran manusia. Oleh itu, saya amat berharap rakyat-rakyat dapat memupuk amalan memelihara alam sekitar agar mewujudkan alam sekitar yang amat indah seperti ini.
a. Tajuk: Bunga putih kecil
b. Teknik: Jarak dekat
c. Lokasi: Tepi jalan raya
d. Cuaca: Panas (Petang)
e. Kamera: Canon EOS 3000D
f. Speed: 1/3200 s
g. Aperture: f/5.6
Gambar
ini adalah ditangkap di tepi jalan raya yang berdekatan rumah saya. Saya
mendapati bunga tersebut adalah sering ditumbuhkan di tepi jalan raya. Saya
berasa amat kagum kerana bunga tersebut dapat membesar dalam keadaan yang amat
susah iaitu tanpa tanah yang subur dan air yang secukupinya. Oleh itu, kita
sebagai manusia haruslah mencontohi semangat bunga tersebut, iaitu berusaha
menangani cabaran dan kesukaran yang dihadapi. Kita haruslah belajar tentang
menyelesaikan masalah yang dihadapi dan meningkat keupayaan menangani tekanan
dalam kehidupan kita.
a. Tajuk: Pembekuan masa
b. Teknik: High speed
c. Lokasi: Rumah saya
d. Cuaca: Panas (Pagi)
e. Kamera: Canon EOS 3000D
f. Speed: 1/2500 s
g. Aperture: f/5.6
Tumbuhan tersebut adalah ditanam di dalam rumah saya. Saya telah menyiram tumbuhan tersebut pada pukul pagi untuk memberikannya penjagaan yang baik. Kita haruslah mempunyai nilai murni kasih sayang dan sikap bertanggungjawab apabila memelihara tumbuh-tumbuhan sendiri. Saya telah menggunakan teknik high speed iaitu speednya 1/2500 saat apabila menangkap gambar untuk menghasilkan air yang bernampaknya beku.
Tumbuhan ini adalah dimiliki oleh jiran tetangga saya. Saya menangkap gambar tersebut apabila dia menyiram pokok bunganya. Jiran tetangga saya telah menasihati bahawa kita haruslah bersikap kasih sayang dan bersabar apabila memelihara tumbuh-tumbuhan supaya dapat mewujudkan alam sekitar yang indah. Saya telah menggunakan high speed 1/3200 saat apabila menangkap gambar tersebut. Saya mendapati semakin laju shutter speed, semakin gelap foto yang diperoleh kerana intensiti cahaya yang masuk ke sensor semakin kurang. Saya tidak ingin meningkatkan ISO kerana ISO tinggi akan menyebabkan muncul noise atau bintik pada foto. Oleh itu, saya meningkatkan kecerahan gambar melalui perisian aplikasi photoshop untuk menghasilkan efek gambar foto yang terbaik.
SET 4: Teknik Slow Speed
a. Tajuk: Anugerah Hujan
b. Teknik: Slow speed
c. Lokasi: Rumah saya
d. Cuaca: Hujan (Malam)
e. Kamera: Canon EOS 3000D
f. Speed: 1/10 s
g. Aperture: f/5.6
Gambar ini adalah ditangkap di dalam rumah saya apabila musim hujan. Saya telah menggunakan teknik slow speed untuk menangkap motion air hujan tersebut. Saya juga telah menggunakan flash semasa menangkap gambar untuk menghasilkan gambar yang terang dan jelas. Saya amat suka cuaca hujan kerana hujan adalah anugerah yang diberikan oleh Tuhan kepada manusia. Tanpa hujan, manusia akan hidup dalam keadaan yang menderita. Oleh itu, kita haruslah berusaha dalam memelihara dan memulihara alam sekitar agar melindungi bumi kita. Cintailah bumi kita.
a. Tajuk: Hujan Lebat
b. Teknik: Slow speed
c. Lokasi: Luar rumah
d. Cuaca: Hujan (Malam)
e. Kamera: Canon EOS 3000D
f. Speed: 1 s
g. Aperture: f/5.6
Gambar ini adalah ditangkap di luar rumah saya apabila hujan lebat. Saya telah menggunakan teknik slow speed untuk menangkap motion air hujan tersebut. Untuk menghasilkan gambar yang terang, saya telah meningkatkan ISO sehingga nilai 1600. Saya juga menggunakan payung semasa menangkap gambar agar tidak membasahkan kamera. Saya amat suka cuaca hujan kerana hujan adalah anugerah yang diberikan oleh Tuhan kepada manusia. Manfaat yang didatangkan oleh hujan adalah banyak seperti menyuburkan tanaman, meningkatkan kualiti udara, menurunkan kepanasan cuaca dan sebagainya. Namun, pencemaran alam sekitar yang dilakukan oleh manusia seperti kebakaran secara bebas telah menyebabkan hujan asid. Ia telah memusnahkan anugerah yang diberikan oleh Tuhan. Oleh itu, kita haruslah berusaha dalam memelihara dan memulihara alam sekitar agar melindungi bumi kita. Marilah kita mencintai bumi kita bersama-sama.
SET 5: Teknik Contre-jour
a. Tajuk: Cahaya
b. Teknik: Contre-jour
c. Lokasi: Padang permainan
d. Cuaca: Panas (Pagi)
e. Kamera: Canon EOS 3000D
f. Speed: 1/125 s
g. Aperture: f/10
Gambar
ini adalah ditangkap di kawasan padang permainan. Saya menangkap gambar ini
dengan menggunakan teknik Contre-jour iaitu teknik fotografi di
mana kamera menunjuk secara langsung ke arah sumber cahaya. Pokok
tersebut adalah ditumbuh dengan baik. Orang ramai sentiasa berehat di bawah
pokok tersebut kerana daun-daun pokok dapat membantu mereka mengelakkan
kepanasan cahaya matahari. Saya berharap agar manusia tidak akan mencemarkan
dan memusnahkan kawasan ini supaya kita tidak akan mengalami kehilangan tempat
rehat yang semula jadi ini. Kita haruslah memelihara dan memulihara alam
sekitar dengan sesungguhnya.
a. Tajuk: Harapan
b. Teknik: Contre-jour
c. Lokasi: Rumah saya
d. Cuaca: Panas (Petang)
e. Kamera: Canon EOS 3000D
f. Speed: 1/125 s
g. Aperture: f/11
a. Tajuk: Semut Api
b. Teknik: Makro
c. Lokasi: Taman rekreasi
d. Cuaca: Panas (Petang)
e. Kamera: Canon EOS 3000D
f. Speed: 1/50 s
g. Aperture: f/5.6
Gambar
ini adalah ditangkap di kawasan taman rekreasi yang berdekatan rumah saya.
Serangga tersebut adalah semut api. Apabila saya menangkap gambar tersebut,
saya berada di tempat yang amat jauh dan menggunakan lensa yang paling besar
untuk mengelakkan diri daripada gigitan semut api tersebut. Gigitannya
amat menyakitkan, dikatakan semut api dinamakan sedemikian kerana gigitannya
seperti dibakar api. Namun begitu, kita tidak harus memusnahkan mereka kerana
mereka juga merupakan ciptaan Tuhan. Kita haruslah memelihara alam sekitar agar
megekalkan keseimbangan alam sekitar.
a. Tajuk: Anjing liar
b. Teknik: Potret
c. Lokasi: Luar rumah saya
d. Cuaca: Panas (Pagi)
e. Kamera: Canon EOS 3000D
f. Speed: 1/100 s
g. Aperture: f/5.6
Gambar ini adalah ditangkap di luar rumah saya. Anjing liar tersebut sering berlepak-lepak di kawasan perumahan saya untuk mencari makanan. Apabila saya menangkap gambar tersebut, ia tidak melarikan diri dan juga bersikap tenang. Saya berharap manusia akan bersikap kasih sayang apabila bergaul dengan haiwan-haiwan supaya dapat mewujudkan alam sekitar yang aman.
Gambar ini adalah ditangkap di kawasan semak samun yang dibiar di hadapan rumah saya. Semasa menangkap gambar, saya telah menggunakan nilai aperture yang besar untuk menghasilkan gambar yang jelas tanpa kabur kerana saya ingin menunjukkan semua objek dalam gambar seperti anjing, semak samun dan sampah sarap dengan jelas atau sharp. Kawasan tersebut telah dipenuhi oleh sampah sarap yang dibuang oleh penduduk berhampiran yang tidak bertanggungjawab. Anjing liar selalu mencari makanan di kawasan tersebut. Saya berasa amat bimbang terhadap beg plastik atau barangan plastik lain akan dimakan secara tidak sengaja oleh anjing liar atau haiwan liar lain. Selain itu, perbuatan membuang sampah ke dalam laut juga sering berlaku. Pencemaran alam sekitar ini haruslah dicegahkan untuk mengelakkan kesan buruk yang akan didatangkan. Oleh itu, kita haruslah memelihara dan memulihara alam sekitar dengan bersatu hati agar keindahan alam semula jadi dapat dikekalkan.
0 comments:
Post a Comment