Pengenalan Fotografi
Adakah anda tahu apa maksud "fotografi"?
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, fotografi bermaksud seni, proses atau pekerjaan mengambil atau menghasilkan fotograf.
Fotografi (photography) berasal dari dua perkataan iaitu “Photo” yang bererti cahaya dan “graph” yang bererti tulisan / lukisan. Sebagai istilah umum, fotografi bererti proses atau kaedah untuk menghasilkan gambar atau foto dari suatu objek dengan merakam pantulan cahaya yang mengenai objek tersebut pada media yang peka cahaya. Alat paling popular untuk menangkap cahaya ini adalah kamera.
1.1 Sejarah
Fotografi adalah hasil dari penemuan. Yang pertama dalam bidang alam menghasilkan kamera, yang kedua dalam bidang kimia menghasilkan film. Asal mulanya kedua penemuan itu tidak ada hubungannya antara satu sama lain sebelum sampai ke kesempurnaan seperti yang kita sekarang kenal serta melahirkan penemuan baru iaitu fotografi.
Fotografi ialah lukisan menerusi cahaya. Tanpa cahaya fotografi tidak dapat berfungsi. Istilah Photography diperkenalkan pada tahun 1839. Dalam era ledakan ICT perkembangannya amat ketara sekali apabila fotografi telah diadun bersama teknologi ICT dan wujudnya Kamera Digital yang telah merubah dunia fotografi.
Fotografi tradisional masih dibenarkan berkembang bersama perkembangan ledakan teknologi ICT. Fotografi tidak dapat dipisahkan daripada tradisi tradisionalnya. Kamera digital telah diterima dengan meluas namun fotografi dengan menggunakan filem masih digunakan di kalangan pengamal fotografi.
Kamera mula diperkenalkan apabila para pelukis menghadapi masalah untuk merakamkan imej potret pada abad 17 dan 18. Justeru itu, mereka mencipta kamera Obscura untuk kemudahan merakam imej.
1.2 Kategori Fotografi
- Abstrak
1.3 Tokoh-tokoh
Informasi sangat berguna! Terima Kasih!
ReplyDeleteTerima kasih atas pujian !! Hope u like it!!
DeleteYour Welcome!!
Delete